Wednesday 1 October 2014

AKHLAK MULIA CERMINAN ISLAM


Assalamualaikum warga pembaca :) Aku nak beri ilmu serba sedikit tentang berakhlak mulia, InsyaAllah. Islam mementingkan berakhlak mulia. Tapi kalau kita tengok sekarang ni, rase-rasenya ade lagi tak orang islam berakhlak mulia seperti yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w.. Mungkin ade tapi hanya sebilangan kecil. Wahai umat islam akhir zaman, luaskan lah agama kita untuk mereka yang masih belum mendapat hidayah daripada Allah s.w.t dengan menunjukkan akhlak yang mulia seperti Rasulullah s.a.w menunjukkan teladan yang mulia kepada orang kafir. Marilah sama-sama kita berdakwah dengan berakhlak mulia. Itu lebih bagus. Mungkin kita tak mampu menarik orang kafir memeluk islam dari segi percakapan, peperangan atau sebagainya tetapi kita mampu menarik orang kafir ke arah yang benar dengan berakhlak mulia. Kalau tak mampu berdakwah, buat lha yang mampu untuk diri sendiri. Kita sekarang berada di akhir zaman dan di akhir zaman ini lah pelbagai dugaan/cabaran untuk kita tempuhi. Tanam dalam hati yang kita akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Seseorang muslim mestilah berakhlak:-

1- Menjauhi perkara mungkar
2- Memelihara penglihatan
3- Memeliharaa lidah
4- Bersifat malu
5- Lemah lembut & sabar
6- Jujur & benar
7- Rendah dir
8- Menjauhi sangka buruk & mengumpat
9- Pemurah


InsyaAllah Allah akan melindungi dan memelihara kita daripada melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah.




Marilah sama-sama kita berakhlak mulia kerana akhlak mulia itu cerminan islam. Jadikan lah hari ini lebih baik daripada semalam :)

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan" 
Kata Saidina Ali: "Sifat pemarah adalah musuh utama akal" 

"Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik" -Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia" :)



Sekian saja dari saya. Maaflah kalau blog ini terlalu ringkas bagi korang. Ape yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t.. Ape yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Akan mencuba untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik. Saya dai'e bukan mufti. Sekian Wassalam.








Tuesday 30 September 2014

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum w.b.t., ape khabar wahai pembaca blog? :) Kita adalah saudara sesama islam jadi kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain ketika susah dan senang. Jika kita tiada kawan untuk membantu kita, ingatlah sesungguhnya allah sentiasa di sisi kita. Allah ibarat kawan, kekasih kita ketika kita senang atau susah. Allah adalah kekasih sejati yang tidak akan curang, malah allah tidak akan berpaling dari kita selagi kita mengikut perintah-Nya. InsyaAllah saya akan memberi ilmu sedikit walaupun tak seberapa sangat. Saya sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Jikalau ada tersalah kata harap tolong betulkan ye? :)



Hamba Allah yang bergelar manusia ni pelbagai sifat/perasaan yang terkandung dalam diri mereka. Salah satu sifat yang paling besar dalam diri seseorang ialah sifat mencintai dan dicintai. Fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai. Zaman sekarang ni kalau kita perasan ramai yang bercouple kan? Macam saya kata tadi fitrah manusai ingin mencintai dan dicintai. Tetapi adakah mereka sedar yang perbuatan couple ini adalah haram dalam islam? Sebab ape? Sebab perbuatan haram tu lha yang akan membuat seseorang itu berjalan ke lembah neraka. Walaupun mereka kata mereka tidak berbuat ape2 tetapi apabila masih bercouple, itu tetap haram kerana walaupun mereka tidak berbuat ape2, lambat laun mereka akan melakukan sesuatu maksiat. Syaitan akan sentiasa hasut mereka untuk melakukan maksiat. Kalau kita tengok balik yang bercouple tu bukannya orang cina atau india tetapi orang islam sendiri. Allahu akbar~ Marilah kita berdoa agar mereka terbuka hati untuk bertaubat. Inilah tanda-tanda kecil/besar kiamat. Saya tak berapa samada kecil atau besar sebab ade yang berpendapat tanda kecil dan ada juga berpendapat tanda besar

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim




Sifat kedua adalah mereka suka bergurau tanpa mengira batas dari segi pergaulan ataupon dari segi percakapan. Ingatlah, islam mementingkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Cuba kita bayangkan jika islam itu tidak mementingkan batas pergaulan, ape akan jadi? Pasti akan berlaku maksiat dan berleluasa. Dan adakah islam itu indah jika tidak mementingkan batas pergaulan? Jika gayanya begitu, islam tidak akan seindah bunga yang mekar di waktu fajar. Dari segi percakapan pula apabila mereka bergurau, lagi-lagi budak zaman sekarang ni tak sah kalau tak mencarut. Pasti ade je yang nak mencarut. Mencarut adalah dosa kecil tetapi kalau seseorang tu banyak mencarut dalam satu hari bertimbun dosa kecil kecil dia dan boleh jadi dosa besar. Secara tak sedar kita mungkin mengumpat tentang sesuatu perkara. Jadi kalau kita mencarut atau tercarut, cepat-cepat istighfar. Pasti ade cara untuk bertaubat walaupun dosa kecil ataupon dosa besar. Selain tu, mereka berdusta ketika berkata. Mereka ini lha yang dibenci oleh allah s.w.t.. 
Apabila berkata, mereka dusta
Apabila janji, mereka memungkirinya
Apabila amanah, mereka memecahkan amanah

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim



Yang ketiga adalah fitrah manusia menyukai sesuatu yang baharu. Macam muzik. Kpop kan? Kan kpop sekarang menguasai industri muzik zaman kini dan disukai oleh ramai orang. Sebenarnya tak salah kita menyukai muzik tetapi kita masih ade batas untuk mendengar muzik. Kepada kpop fan muzik tu kalau boleh jangan lha terlalu fanatic sangat sebab muzik jenis macam tu boleh melaghakan kita yakni melalaikan kita. Minta maaf lha ye kalau kata-kata saya ni membuatkan korang tak suka. Saya pon minat kpop tapi tidak lha fanatic sangat dengan kpop. Dengar lha muzik yang mengenai unsur positif atau unsur agama. Kalau boleh jangan melebih lebih mendengar muzik ye, nanti lalai solat entah kemana. Jangan ye :) 


Ok lha. Rasenya sampai sini je kot yang saya mampu berikan kepada korang semua. Mungkin tak banyak tapi insyaAllah berguna pada anda. InsyaAllah saya akan sambung pada hari lain. Semoga anda semua sentiasa dilindungi allah dari perkara yang dilarang, InsyaAllah :)