Wednesday 1 October 2014

AKHLAK MULIA CERMINAN ISLAM


Assalamualaikum warga pembaca :) Aku nak beri ilmu serba sedikit tentang berakhlak mulia, InsyaAllah. Islam mementingkan berakhlak mulia. Tapi kalau kita tengok sekarang ni, rase-rasenya ade lagi tak orang islam berakhlak mulia seperti yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w.. Mungkin ade tapi hanya sebilangan kecil. Wahai umat islam akhir zaman, luaskan lah agama kita untuk mereka yang masih belum mendapat hidayah daripada Allah s.w.t dengan menunjukkan akhlak yang mulia seperti Rasulullah s.a.w menunjukkan teladan yang mulia kepada orang kafir. Marilah sama-sama kita berdakwah dengan berakhlak mulia. Itu lebih bagus. Mungkin kita tak mampu menarik orang kafir memeluk islam dari segi percakapan, peperangan atau sebagainya tetapi kita mampu menarik orang kafir ke arah yang benar dengan berakhlak mulia. Kalau tak mampu berdakwah, buat lha yang mampu untuk diri sendiri. Kita sekarang berada di akhir zaman dan di akhir zaman ini lah pelbagai dugaan/cabaran untuk kita tempuhi. Tanam dalam hati yang kita akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Seseorang muslim mestilah berakhlak:-

1- Menjauhi perkara mungkar
2- Memelihara penglihatan
3- Memeliharaa lidah
4- Bersifat malu
5- Lemah lembut & sabar
6- Jujur & benar
7- Rendah dir
8- Menjauhi sangka buruk & mengumpat
9- Pemurah


InsyaAllah Allah akan melindungi dan memelihara kita daripada melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah.




Marilah sama-sama kita berakhlak mulia kerana akhlak mulia itu cerminan islam. Jadikan lah hari ini lebih baik daripada semalam :)

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan" 
Kata Saidina Ali: "Sifat pemarah adalah musuh utama akal" 

"Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik" -Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia" :)



Sekian saja dari saya. Maaflah kalau blog ini terlalu ringkas bagi korang. Ape yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t.. Ape yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Akan mencuba untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik. Saya dai'e bukan mufti. Sekian Wassalam.








No comments:

Post a Comment